Archive for the ‘Sports’ Category

Euro 2008…. berakhirlah satu kejohanan besar.

Thursday, July 3rd, 2008

Euro_2008_12 Akhirnya, pasukan Sepanyol telah menjadi juara Kejohanan Bolasepak Piala Eropah (Euro 2008), setelah menewaskan pasukan Jerman pada perlawanan akhir, dengan jaringan 1-0. Gol yang dihasilkan oleh En. Torres (pada minit keberapa… aku tak ingat) pada separuh masa pertama. Perlawanan yang menarik kedua² pasukan, namun rezeki lebih berpihak kepada Sepanyol untuk menjulang  piala  euro 2008.

Ramalan aku meleset sama sekali, bila pasukan pilihan aku, Switzerland & Russia terkandas di peringkat kumpulan & separuh akhir. Switzerland, pasukan tuan rumah, pasukan pertama tersingkir awal, manakala harapan aku pada pasukan Russia, tewas pada pasukan Sepanyol 0-3, pada peringkat separuh akhir. Amat mengecewakan! L

Apa pun, aku cukup terhibur dengan aksi² menarik dalam Euro 2008. Aku nantikan pula aksi² menarik pada kejohanan bolasepak Piala Dunia 2010, di Afrika Selatan. Menonton samba Brazil & samba Afrika!J 

Russiannationalteam

Switzerlandnationalteam2

Louis Saha Menyinar!

Monday, August 28th, 2006

Saha_2 Patah tumbuh hilang berganti. Begitulah ibarat pepatah buat pasukan bolasepak Manchester United (MU). Pemergian penyerang antarabangsa Belanda, Ruud van Nistelrooy ke pasukan Real Madrid, tidak memberikan kesan ke atas barisan serangan MU. Sebaliknya, MU kini lebih berbangga dengan penggantinya, Louis Saha (foto), yang menyarung jersi no. 9.

Pembelian Saha dari kelab Fulham, nampaknya berbaloi dengan prestasi yang ditunjukkan. Pada perlawanan pertama English Premier League (EPL), pasukan MU telah membenam pasukan Fulham 5-1, di mana beliau turut menjaringkan gol (gol pertama), menerusi tandukan, hasil hantaran Wayne Rooney. Lain² gol dijaringkan oleh Rooney (2gol) & C.Ronaldo.

Penyerang antarabangsa Perancis itu semakin berbisa, apabila menjaringkan gol dalam perlawanan kedua, menentang pasukan Charlton. Belaiu begitu bijak sekali dalam mencari ruang memburu gol. Pasukan MU menang 3-0.

Prestasi yang memberangsangkan pasukan MU, yang dibarisi pemain² handalan dunia, dijangka memberikan tentangan sengit dalam kancah bolasepak England, benua Eropah mahupun dunia. Glory Man United!

Rűhme Deutschland, felicitazione Azzuri!

Monday, July 10th, 2006

Michael_ballack_3 Rasanya hampir sebulan aku jadi burung hantu. Ini gara² penangan World Cup 2006,Germany. Malam berjaga tengok match bola, siang pulak aku main bola (main bola dalam mimpi). Akhirnya, pada kemuncak kejohanan, 9 Julai 2006, pasukan Itali telah memenangi World Cup 2006, setelah menewaskan pasukan Perancis, menerusi sepakan penalti 5-4, selepas terikat 1-1, (selepas waktu tambahan 30 minit). Felicitazione Azzuri, essayent encore Les Bleus!

Pasukan favorite aku, Germany menduduki tempat ke 3, setelah menewaskan team Portugal, 3-1. Aku amat mengkagumi team Jerman ini, rata² dibarisi dengan pemain muda. Rűhme Deutschland!

Second team favorite aku, pasukan kerdil dari benua Afrika, Togo (diharap dapat buat kejutan), tewas semua game di peringkat kumpulan. Takperlah, ini first time mereka beraksi di pusingan akhir Piala Dunia. Semangat Afrika dengan samba Afrika!

Team dari Asia? Satu pun aku tak sokong! Baik aku sokong Malaysia. Dirgahayu Malaysia! Aku harap pasukan Malaysia dapat beraksi di peringkat akhir Piala Dunia di Afrika Selatan. Nantikan kebangkitan pasukan Harimau Malaya. Dirgahayu Malaysia!